Saturday, 12 October 2013

LELAKI MUDA DENGAN SYAITAN

TOLONG BACA !, TAK LAMA .. ^^ .
Seorang lelaki muda bangun di awal
pagi utk solat subuh di masjid. Dia
berpakaian, berwudu’ dan berjalan
menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan
pakaiannya kotor. Dia bangkit,
membersihkan bajunya, dan pulang
ke rumah. Di
rumah, dia berganti baju, berwudu’,
dan, berjalan menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh
lagi di tempat yg sama! Dia, sekali
lagi, bangkit, membersihkan dirinya
dan kembali ke
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi
berganti baju, berwudu’ dan berjalan
lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia
bertemu seorang lelaki yg memegang
lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu
menjawab:
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di
perjalanan menuju masjid, jadi saya
bawakan lampu untuk menerangi
jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima
kasih dan mereka berdua berjalan ke
masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda
itu mengajak teman barunya yang
membawa lampu untuk masuk
bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak.
Berkali-kali diajak tetapi jawapannya
sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa
menolak untuk masuk bersolat. Lelaki
pembawa lampu menjawab:
AKU ADALAH SYAITAN !
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat
kamu berjalan ke masjid,dan sayalah
yg membuat kamu terjatuh. Ketika
kamu pulang
ke rumah, membersihkan badan dan
kembali ke masjid, Allah
mengampunkan semua dosamu. Saya
membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak
membuatmu merubah fikiran tetapi
tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah mengampunkan
dosa seluruh keluargamu. Saya
KHUATIR jika saya membuatmu jatuh
ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan
dosa seluruh penduduk desamu, jadi
saya harus memastikan bahwa kamu
sampai
dimasjid dgn selamat..’
++[MORAL]++ :
"Jangan abaikan suatu niat baik yg
kita mahu lakukan, kerana kita tidak
pernah tahu ganjaran yg bakal kita
perolehi dari segala kesulitan yg kita
hadapi demi melaksanakan niat baik
tersebut."
SILAKAN JIKA MAHU SHARE

No comments:

Post a Comment