Thursday, 10 October 2013

Anak Miskin

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rmh seorang ibu miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba mati lampu, dgn bantuan cahaya HP dia ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?"

Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, "TIDAK ADA!!".

Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, Ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan BERKONGSILAH...
Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI. 


Dari Fb

No comments:

Post a Comment