السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة:
Orang beriman itu tidak menyesali & menangisi masa yg lalu, dan tidak menghadapi masa yg sedang dialaminya dgn kesal & keluh kesah,
Demikian pula dia tidak menanti masa datang dgn ketakutan & kecemasan.
Dia hidup dgn perasaan aman, bagai org yg mendiami syurga. Itulah pengaruh iman, kerana keimanan menimbulkan perasaan aman.
Tidak ada yg ditakuti selain Allah. Merasa takut & cemas, kalau dia tidak memenuhi tugas & kewajipannya, atau menganiaya & melanggar hak org lain.
Berjuang membetulkan yg salah dan berkorban utk mempertahankan kebenaran, menjadi kesenangan orang beriman dan memberikan kepuasan kpdnya, biarpun kerana itu dia mengalami beberapa kesusahan dan kerugian...
Adakah kita seperti mereka ?
TEPUK DADA TANYA IMAN
و الله اعلم
No comments:
Post a Comment