Tertarik dengan isi majalah solusi, "biarlah lidah membawa kita ke syurga".
Di sini saya tidak menyenaraikan "ucapan ke syurga" -bacaan penuh belilah solusi.
Saya ingin menyenaraikan kata-kata ke neraka yang mungkin diucapkan tanpa sedar.
1. Bercakap tentang agama tanpa ilmu, cepat menghukumkan halal-haram ikut kepala sendiri.
2. Menidakkan rahmat allah buat orang lain. Contoh terdapat dalam hadis ialah kata-kata sebegini," Allah tidak akan ampuni dia."
3. Mendoakan kecelakaan atas diri atau orang lain. *Uish! Berhati-hati bila bercerita hal politik. Ahli politik seringkali di'jilake'kan.
4. Mengejek orang. *tak kiralah dia berbotox ke, vertically challenge ke, namanya pelik, tiada yang mengesahkan perbuatan mengejek boleh mendidik.
5. Menipu. *salah satu sifat munafik. Malah terdapat dalam suatu hadis dimana perbuatan seseorang dewasa yang memancing kanak-kanak sambil menunjukkan ada sesuatu dalam genggamannya sebagai pemberian, rasulullah s.a.w menerangkan sekiranya benar2 ada pemberian di dalam genggamannya itu, dia berkata benar dan sebaliknya (jika hanya acah2), dia telah berdusta.
6. Mengutuk orang yang telah mati. *ini termasuk menyebarkan cara kematian seseorang sekiranya buruk dan mengaitkan dengan perbuatannya semasa hidup.
7. Mencela diri sendiri, anak atau isteri. *contoh celaan banyak terdapat dalam filem bollywood dan filem melayu.
8. Banyak bersembang perkara yang tidak berfaedah. *tidak meningkatkan iman atau mendekatkan kita kepada Allah.
9. Suka bertekak, berdebat.
10. Menyakiti hati ibu bapa.
11. Mengumpat. *memperkatakan sesuatu yang benar mengenai seseorang di luar pengetahuannya dan perkara tersebut tidak disukainya.
12. Mengutuk sahabat nabi.
13. Bergurau dan melawak berlebih-lebih.
14. Melaga-lagakan orang.
15. Mengutuk makhluk Allah samada haiwan, cuaca dan sebagainya. *sila pastikan dengan ustaz jikalau ingin mengutuk laptop atau handphone yang selalu 'hang'.
16. Cakap yang tidak perlu.
17. Menyebarkan keaiban orang lain.
18. Suka mengampu.*bezakan dengan seruan untuk berkata-kata baik ye. Mengampu ni kita berkata baik hanya kepada orang yang berkepentingan.
19. Mendedahkan keaiban diri sendiri.
20. Menyebarkan hadis palsu. *wajibkan diri menvalidasasikan status hadis sebelum menekan butang 'share'.
21. Orang-orang yang paling dibenci dan jauh daripada rasulullah s.a.w pada hari kiamat kelak ialah mutasyadiqun (orang yang suka bercakap lebih2 secara semberono, juga bermaksud suka merendah-rendahkan orang lain menurut pendapat lain), mutafaiqihun (orang yang bercakap penuh mulut mengangkat diri sendiri), al-tharthabun (orang yang suka cakap banyak melebihi had keperluan).
No comments:
Post a Comment