Sunday, 5 October 2014

Kesian guru

Kiri kanan depan belakang atas bawah bedeshum deshum smash hinggap kat bdn cikgu bila dikata soalan bocor... pak menteri minta maaf kpd ibu bp juga murid2.
Tapi tiada sekelumit kata semangat pun singgah di cuping telinga para guru.
Itulah hebatnya org yg di hadapan namanya tertulis CIKGU....

Sama ada sedar atau mmg tak tahu di sini ingin saya memberitahu...
cikgu terutama yang mengajar di kelas peperiksaan, merupakan seorang yang terlalu obses dengan kertas soalan.
Dari awal tahun hinggalah hampir hari peperiksaan, tak kiralah dari mana datangnya soalan, maka akan dikutip, disedut dikaji dan seterusnya andai relevan dgn sukatan pelajaran akan diperbanyakkan untuk murid mmbuat latih tubi...
Sehinggalah hampir hari peperiksaan, soalan yg dicari lebih menjurus kepada SOALAN RAMALAN berdasarkan carta kekerapan tajuk yg biasa keluar dalam peperiksaan....
dan pastinya soalan itu diistilahkn sebagai SOALAN RAMALAN.

Bagi para guru yang tidak langsung terlibat dengan proses pembentukan item soalan peperiksaan seterusnya proses menjadikan item2 itu satu naskhah kertas soalan bercetak dan juga proses perjalanan pengurusan agihan kertas ke kawasan2 peperiksaan, mana mungkin seorang guru tahu bahawa soalan ramalan yang dikutip dr pelbagai sumber itu adalah soalan sebenar....
Apa yang kami tahu bungkusan kertas soalan sebenar hanya akan digunting dan dibuka di hadapan calon di dewan peperiksaan mengikut jadual yg telah ditetapkan...
Jadi, adalah tidak adil menuduh guru membuat onar mmbocorkan kertas soalan sebenar... betapa luluh hati seorang guru yang selama ini datang tak kira waktu pagi petang siang dan malam, diberikan cuti utk bersama keluarga pun masih terkejar2 mmbuat program kecemerlangan utk ank2 mrd
Ingin mencurah segala daya demi untuk melihat anak murid berjaya... Habis langsung hilang budi guru. Yang datang adalah maki keji kutuk umpat di kedai kopi hingga di surau dan masjid pun menjadi tempat menunjukkan hero mengata guru tidak boleh harap... harapkan pegar, pegar makan padi.... KASIHAN KAMI... PEGAR YAN
G TIADA GIGI.
Kes kertas UPSR bocor. Yg buat soalan guru.
Yg menguruskan guru. Yg mengedarkan guru.- Yg menjlnkan guru.
Yg memerlukan soalan bocor pun guru...
jd yg membocorkan pun.....     
Kenapa? Walaupun nilai upsr tiada...waimma utk cari kerja @ nak masuk tingktn 1 pun xperlukan mesti lulus upsr...tapi pengiktirafan yg diberi melampau2.?sehingga menghakis integriti dan kemuliaan profesion.
Siapa yg beri...baiah..band..
kluster dsbnya???
Di peringkat seawal ini anak kita telah diajar utk melupakan integriti demi mengejar kejayaan utk kepuasan

Kepuasan siapa...guru...ibu.bpa...
masyrkt..dan orang2 yg mahukannya.
Pernahkah kita tanya adakah itu yg mereka mahu?
Kita kejam....sistem kita mnjadikan kita kejammmm.

Kesian cikgu..kertas soalan bocor pun cikgu yg dijadikan kambing hitam.. mungkin kita tk sedar bahawa, yg buat soalan mmg cikgu tp yg taip soalan utk htr printing bkn cikgu, yg baca proof bkn cikgu , yg cetak soalan diprinting juga bkn cikgu, yg bungkus soalan bkn cikgu... cikgu terima semula soalan yg siap dibungkus semasa proses penyimpanan dibilik kebal.. 2 lapisan bungkusan keselamatan perlu dibuka oleh ketua pengawas dgn disaksikan pengawas yg lain dihadapan sekurang2nya 15 calon  yg berada dlm kelas peperiksaan.. kita jgn lupa kes STPM bocor tahun 84.. yg ditangkap bkn cikgu tetapi pembantu pejabat di LPM yg semestinya bkn cikgu...
Apa pun skrg cikgu sedang di"kambing hitam"kan utk menutup kesalahan/kecuaian pihak lain...
FIKIR2KAN SBLM KITA MENUDUH GURU SEBAGAI PENGKHIANAT.
Siapa kita hari ini ttu ada jasa guru yg menjadikan anda seperti yg hari ini......

No comments:

Post a Comment