Suka makan dalam keadaan panas? Mari kita fikir sejenak tuntunan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .
Maka, jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan pada makanan / minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).
Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad). Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. Maka, masihkah mahu makan kambing panas- panas?
Suka makan sate? Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sebagaimana termaktub dalam At -Targhib Wat- Tarhib. "Pernah Rasulullah ( Shallallahu ' alaihi wa sallam) mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tapi beliau menolak dan tidak makan. Anas bin Malik radhiyallahu ' anhu berkata, " Rasulullah tidak menyukai makanan bakar dan makanan panas. "
Beliau bersabda sebagaimana terdapat dalam Al- Jami'ush Shaghir, "Makanlah makanan yang sejuk sebab makanan sejuk itu ada barakahnya. Ingatlah! Makanan panas itu tidak ada barakahnya . "
No comments:
Post a Comment