Saturday, 27 September 2014

Darul Quran JAKIM

Salam...
Darul Quran Jakim mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran, JAKIM-UIAM.

Pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian sijil tahfiz al-Quran di Darul Quran Jakim dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan mengikuti pengajian dalam bidang profesional di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

• SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
1. Warganegara Malaysia yang belum berkahwin,
2. Lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2014 dengan mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan gred B bagi mata pelajaran berikut ;
    Bahasa Melayu
    Bahasa Arab
    Bahasa Inggeris
    Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah /
    Pendidikan Islam / Tasawwur Islam
    Biologi
    Fizik
    Kimia
    Matematik Tambahan
3. Keutamaan diberikan kepada calon yang masih belum menghafaz 30 juzuk al-Quran.

• CARA MEMOHON:
Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap secara atas talian (on-line) di laman sesawang Darul Quran.
http://www.darulquran.gov.my
(Borang perlu dicetak dan dibawa semasa sesi temuduga)

• TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan pada hari Rabu, 15 Oktober 2014.

• UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Pengambilan Darul Quran Jakim di talian: 03-6063 5323 / 5349 / 5351.

• MAKLUMAN:
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di laman sesawang Darul Quran pada 20 Oktober 2014 (Isnin)

Tolong la promote kt group lain, mna tau ada yg nk masuk

Mindset

"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir,
dia memberi pesan kpd kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama :
Jangan sesekali menagih hutang drpd sesiapa pun”

“Kedua :
Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dgn kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya
“Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab :
“Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya?”

Si bungsu menjawab :
“Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun.
Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dgn motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeda.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.
Think positif .....
The choice is yours..!

makanan panas atau sejuk?

Suka makan dalam keadaan panas? Mari kita fikir sejenak tuntunan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang. " ( HR. Baihaqi) .

Maka, jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya . Ingatlah sabda Nabi shallallahu ' alaihi wa sallam, " Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan pada makanan / minuman yang panas. " (HR. Al- Hakim dan Ad- Dailami).

Ibnul Qoyyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata dalam Zadul Ma'ad, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas. " Beliau juga bersabda, " Sesungguhnya hal tersebut (menutup roti hingga sejuk) lebih besar barakahnya. " ( HR . Darimi dan Ahmad). Di antara barakah makanan yang sejuk manurut Imam Nawawi rahimahullahu ta'ala adalah, tidak menyebabkan gangguan dalam tubuh. Maka, masihkah mahu makan kambing panas- panas?

Suka makan sate? Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu sebagaimana termaktub dalam At -Targhib Wat- Tarhib. "Pernah Rasulullah ( Shallallahu ' alaihi wa sallam) mendatangi suatu kaum yang sedang makan daging bakar, mereka mengajak beliau makan sama, tapi beliau menolak dan tidak makan. Anas bin Malik radhiyallahu ' anhu berkata, " Rasulullah tidak menyukai makanan bakar dan makanan panas. "

Beliau bersabda sebagaimana terdapat dalam Al- Jami'ush Shaghir, "Makanlah makanan yang sejuk sebab makanan sejuk itu ada barakahnya. Ingatlah! Makanan panas itu tidak ada barakahnya . "

Friday, 26 September 2014

Korban

Assalamualaikum.
�� MAKLUMAN PENTING utk semua muslimin dan muslimat.

Mohon sebarkan.. .

Firman Allah swt dlm surah Al-Kauthar ayat 2 bermaksud:

"Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)".

Sama-samalah kita fahami dan sedari bahawa ibadah korban adalah amal yg sangat disukai Allah swt ketika Eid Al Adha.
Menurut mazhab As-Syafiee ianya sunat muakkad.

Ibadah korban dtg setahun sekali. Ianya ibadah yg dituntut kita laksanakan setiap tahun.

Jgn lepaskan peluang meraih pahala yg besar pada tahun ini.
Ayuh sama-sama sertai korban.

Sertailah ibadah korban bersama HALUAN. Harga satu bahagian antara RM280 hingga RM1400, insyaAllah.

Layari:
www.korban.haluan.org.my

Wassalam.
Mohon sebarkan ��pd rakan taulan.

Saturday, 13 September 2014

Berniaga di Ebay

https://www.google.com.my/search?q=what+to+sell+to+make+money&oq=what+tu+sell&aqs=chrome.2.69i57j0l3.11310j0j4&sourceid=chrome-mobile&espv=1&ie=UTF-8#q=what+to+sell+to+make+money&start=10