Nota yg LAGI LENGKAP drpd jemaah lainBoleh baca sblm or sls solat or bila2 free
**Fitnah Dajjal adalah antara tanda2 besar kiamat. Tanda2 kecil sudah boleh dilihat bnyk seperti masjid2 dihias cantik, perempuan ramai bilangannya dr lelaki, masa yg berlalu pantas, berebut membina bangunan2 pencakar langit, ilmu diangkat (ramai ulama mninggal dunia), bnyaknya alat alat muzik
**Semasa khutbah Rasulullah saw ada yg bertanyakan tentang 4 perkara Rukun Agama, iaitu dijawab oleh baginda iaitu Iman, Islam, Ihsan & Hari Kiamat. Rasulullah saw mnjawab dlm khutbah tersebut dlm masa yg sgt panjang iaitu sblm zuhur, solat, kmudian smbung lg sehingga asar, solat dan smbung lg. Sehinggakan sahabat2 tdk boleh mngingati kesemuanya. Ade yg ingat sebahagian dan yg lain ingt sebahagiannya lagi. Rasulullah btanya pd para sahabat, taukah kamu siapa lelaki yg bertanya tadi? Lelaki tersebut adalah Jibril a.s yg bertujuan untuk mngajar sahabat, dan umat islam seluruhnya termasuk kita semua
**Khutbah itu hanya mnceritakan tanda2 kecil kiamat tetapi huraiannya sgt pnjang. Diriwayatkan juga jarak antara diutuskan Rasulullah saw dgn hari kiamat adalah ditunjukkan oleh baginda seperti rapatnya jari telunjuk dgn jari hantu...iaitu betapa hampirnya walaupun sudah 1400 tahun lpas.
**Zaman Rasulullah saw Dajjal sudah dijumpai oleh sahabat bernama Tamim ad Dari..dirantai disebuah pulau, dan diceritakan kpd baginda saw
Dajjal tidak seperti tanda2 kiamat besar lain disebutkan dalam Al Quran, kerana besarnya fitnahnya itu, seburuk2 manusia, tidak layak utk disebutkan dlm Al Quran yg mulia
**Disifatkan dajjal itu bertubuh manusia normal, rambutnya kerinting, tubuhnya tegar, mata ada sedikit bonjolan, mpunyai kuasa2 magik, yg dpt mnarik manusia mngakunya sbg tuhan
**Pengikut2nya adalah golongan munafik, kafir, jin kafir, syaitan, ulama2 suuk (jahat). Diakhir nabi hndak wafat baginda kurang senyum kerana bermimpi nmpk babi babi berkhutbah di atas mimbar2.. Iaitu ulama2 suuk. Org yg akan mnjadi pnyelaras Dajjal nanti adalah ulama yg tergelincir dlm pcakapannya...munafiq
**Org yg lemah imannya, gilakan dunia, sunyi dr ilmu, yg tulah dajjal cari
**Awaslah manusia yg gilakan harta kerana dajjal kaya dan mampu berikan segala2 nya..mpunyai kekayaan yg luar biasa
**Awaslah manusia yg lemah iman dan ilmunya kerana dajjal keluar dizaman kemarau yg mana manusia perlukan air dan makanan iaitu kemarau selama 3 tahun berturut turut. Dajjal mampu beri roti dan brg2 mbuat gandum setinggi gandum dan mampu mnurunkan hujan
**Percaya kpd org kafir dan yg terang2 kufur adalah Istidraj. Dua malaikat diturunkan ke dunia utk memberikan kuasa kpd dajjal. Ini semua adalah fitnah terbesar kpd manusia.
**Tidak ada tempat yg Dajjal tak masuk ke seluruh pelusuk dunia ini kecuali makkah dan madinah. 7 pintu di masjid nabawi tidak boleh dimasuki Dajjal kerana setiap pintu ada 2 malaikat yg mnjaga
Allah mnjaga kedua2 bumi yg mulia itu. Tidak akan dibenarkan seburuk2 manusia iaitu Ad Dajjal memijakkan kakinya ke tempat dikebumikan tempatnya hamba Allah yg pling dicintai iaitu Rasulullah saw. Dimana Ad Dajjal pergi, tempat tersebut sudah ada jaringan2 (networking) dia yang kuat
**Diceritakan oleh baginda juga diakhir zaman nanti ade seorg yg beriman kpd hadis baginda saw bertemu dgn dajjal. Org itu bertambah imannya apabila mlihat mata dajjal seperti yg dikatakan oleh Rasulullah saw dlm hadis. Dajjal menggergaji tubuh seorg kpd dua, dan menghidupkan semula org tersebut. Maka bertambah yakinlah org yg beriman itu kerana dlm hadis juga dikatakan dajjal boleh mnghidupkan org mati (penipuan dajjal sbnarnya org tersebut tidak kena gergaji), maka marahnya dajjal ingin mnghukum org yg beriman itu. Apabila dihukum, mahu penggal leher org itu tidak boleh..sehingga berkali2 kerana kuasa Allah
**Jangan takut org yg beriman. Apabila kamu dihukum apabila brrtemu dajjal, dan diberikan makanan dan minuman yg nmpk sedap (iaitu syurga dunia), janganlah ambil!!! Diberikan makanan dan minuman yg nmpk jijik dan kotor (neraka), pejamlah mata dan makanlah, kerana itulah jalan yg lurus dan benar.
**Fitnatul aqidah adalah seperti mnghidupkan org mati, mnurunkan hujan dll
**Fitnatul maal adalah diberikan kemewahan dunia, kekayaan yg mnyesatkan manusia kpd Allah, ini kerana dajjal memegang keseluruhan kekayaan dunia ini
**Fitnatul ma'lumat pling besar sekarang adalah internet. Penyebaran maklumat palsu tanpa ilmu, sesetengahnya. Sumber yg tidak diketahui.
Syeikh Abdul Qadir al Jailani pernah dikisahkan nmpk cahaya di langit dan keluar suara mngatakan pada hari ini tanggungjawab kamu digugurkan..beliau baling seliparnya ke langit dan tidak percaya mngatakan itu adalah iblis. Ditanyakan bgaimana dia tahu? Dia kata Rasulullah saw yg lebih mulia drp dia pun tidak pernah digugurkan tngungjawab baginda seperti solat, puasa sehinggalah baginda wafat. Itulah beza org yg berilmu dgn tidak berilmu..tidak akan tertipu dgn tipu daya iblis
**Pakar tasawwuf pernah mngatakan jika kamu lihat ada manusia yg bole berjalan atas awan, boleh jalan atas air tidak tenggelam, dan mlanggar syariat Allah dan Rasulullah saw, maka itu adalah Penipu!
Dajjal adalah pendusta terbesar yg akan mnyesatkan ramai org2 beriman dgn tipu dayanya. Timbangkan dgn neraca syariah. Pentingnya ilmu.
**Dajjal akhirnya akn dibunuh di baitul maqdis oleh nabi Isa a.s. Islam akn kembali spt zaman kegemilangannya yg dahulu bawah kepimpinan nabi isa. Sesudahnya akan ada tanda2 besar lain spt yakjuj & makjuj, dabbatul ardh (binatang melata), tetapi spt yakjuj & makjuj hanya fitnah zahir sahaja tidak akan mbawa fitnah aqidah seperti bhyanya Dajjal..
**Antara tanda besar lainnya akan ada angin yg mematikan semua org2 beriman sehingga tiada seorg pun yg akn mnyebut nama Allah lg, ayat2 al Quran diangkat, kaabah dirobohkan dan tinggallah seburuk2 manusia yg akn mnghadapi kedahsyatan hari kiamat.
FITNAH DAJJAL
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
(Masjid Bukit Antarabangsa)
**Topik terpenting kerana disebutkn fitnah dajjal sejak dr nabi nuh a.s..hanya Allah yg tahu brapa rmai nabi antara nuh dan muhammad saw
Ada yg mngatakan seramai 300 org nabi..tapi yg wajib diimani hanya 25 rasul
**Tidak semua nabi itu rasul. Rasul adalah utusan Allah yg mbawa pmbaharuan terhadap agama tauhid Allah. Manakala nabi hanya mnyambung ajaran2 rasul
**Kenapa sejak zaman nabi nuh? Kerana sblum zaman nabi nuh tiada manusia yg kufur kpd Allah
**Sifatnya Dajjal yg tidak diberitahu oleh nabi2 lain kecuali zaman nabi muhammad saw iaitu bermata satu (ada riwayat kata kanan ada kata kiri...tapi mesti salah satu buta. Dan Rasulullah saw juga berkata tuhanku tidak buta). Dajjal mngaku diri tuhan tetapi tak mampu sembuhkan mata sendiri
**3 jenis fitnah Dajjal: 1.)Fitnatul Aqidah,
2.) fitnatul maal (harta),
3.) fitnatul ma'lumat (informasi)
**Amalan yg boleh terselamat drp fitnah ini adalah menghafal 10 ayat pertama al Kahfi, ataupun membaca 10 ayat terakhir al kahfi. Kedua2 sumber ini adalah sahih. Sebaik2nya hafal kesemua 20 ayat tersebut.
**Juga amalan lain adalah mbaca dlm setiap solat fardhu..dlm tahiyyat akhir sblm salam.."Ya Allah, aku berlindung drp azab kubur, drp azab neraka jahannam, drp fitnah didunia & diakhirat dan drp fitnah al masihuddajjal" (rujuk kitab al Azkar, Imam Nawawi)
**Al masih digunakan kpd Dajjal kerana dia akan mnyebarkan kesesatan ke seluruh pelusuk dunia tanpa terlepas ditempat2 lain dimuka bumi. Sama dgn nabi isa a.s mnggunakan Al masih kerana beliau akan mnyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia juga.
**Al masikh pula adalah sifat dajjal yg telah diubah drp manusia normal iaitu satu mata
**Rukun Agama merangkumi 4: rukun islam (5), rukun iman (6), rukun ihsan dan tanda2 kiamat. Ini mnjadi sandaran kpd muslim yg benar2 beriman kpd Allah dan lengkap imannya
**Rukun ihsan adalah beribadah seolah2 nmpk Allah..dan penyaksian Allah sentiasa mengawasi kita
No comments:
Post a Comment