Tuesday, 29 April 2014

Bab garam

Utk ibu2 yg sdg dn akan memasak jgn letak garam ketika memasak. Buat mcm org Arab depa msak tawaq habiaq tp bila nk mkn bru ltk garam.  Sunnah nabi bagus utk kesihatan pun. Baca ni :
* Fakta: KHASIAT GARAM
Kita disogok dgn fakta palsu."Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."
Back to cara hidup nabi... Sblm mkn nabi letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ...
Sampai di tempat baru...nabi ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?
Allah cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi...
Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur.Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan. 
Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebh. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium.Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

Surah Yassin

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (???) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).


Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
Yasin 7 Mubin
Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuhtempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1)   Ayat 12 = Mubin Pertama

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua

“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga

“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.
4)   Ayat 47 = Mubin Keempat

Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5)   Ayat 60 = Mubin Kelima

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6)   Ayat 69 = Mubin Keenam

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Cara membaca Surah Yassin
Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
KAEDAH MEMBACA YASIN 7 MUBIN

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan

Saturday, 26 April 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Tazkirah zohor.
55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Tuesday, 22 April 2014

Kenapa isteri suka dipelok suami

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami.....

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

Tips untuk ibu

Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah

Lingkaran doa

Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan.

Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa Nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "

Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil disisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.

Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah mengakbul doa-doa anda."

Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."

Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Saya lah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ilni adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."

Jangan berputus asa untuk berdoa.

Monday, 21 April 2014

Fitnah Dajjal

Nota yg LAGI LENGKAP drpd jemaah lainBoleh baca sblm or sls solat or bila2 free

**Fitnah Dajjal adalah antara tanda2 besar kiamat. Tanda2 kecil sudah boleh dilihat bnyk seperti masjid2 dihias cantik, perempuan ramai bilangannya dr lelaki, masa yg berlalu pantas, berebut membina bangunan2 pencakar langit, ilmu diangkat (ramai ulama mninggal dunia), bnyaknya alat alat muzik

**Semasa khutbah Rasulullah saw ada yg bertanyakan tentang 4 perkara Rukun Agama, iaitu dijawab oleh baginda iaitu Iman, Islam, Ihsan & Hari Kiamat. Rasulullah saw mnjawab dlm khutbah tersebut dlm masa yg sgt panjang iaitu sblm zuhur, solat, kmudian smbung lg sehingga asar, solat dan smbung lg. Sehinggakan sahabat2 tdk boleh mngingati kesemuanya. Ade yg ingat sebahagian dan yg lain ingt sebahagiannya lagi. Rasulullah btanya pd para sahabat, taukah kamu siapa lelaki yg bertanya tadi? Lelaki tersebut adalah Jibril a.s yg bertujuan untuk mngajar sahabat, dan umat islam seluruhnya termasuk kita semua

**Khutbah itu hanya mnceritakan tanda2 kecil kiamat tetapi huraiannya sgt pnjang. Diriwayatkan juga jarak antara diutuskan Rasulullah saw dgn hari kiamat adalah ditunjukkan oleh baginda seperti rapatnya jari telunjuk dgn jari hantu...iaitu betapa hampirnya walaupun sudah 1400 tahun lpas.

**Zaman Rasulullah saw Dajjal sudah dijumpai oleh sahabat bernama Tamim ad Dari..dirantai disebuah pulau, dan diceritakan kpd baginda saw
Dajjal tidak seperti tanda2 kiamat besar lain disebutkan dalam Al Quran, kerana besarnya fitnahnya itu, seburuk2 manusia, tidak layak utk disebutkan dlm Al Quran yg mulia

**Disifatkan dajjal itu bertubuh manusia normal, rambutnya kerinting, tubuhnya tegar, mata ada sedikit bonjolan, mpunyai kuasa2 magik, yg dpt mnarik manusia mngakunya sbg tuhan

**Pengikut2nya adalah golongan munafik, kafir, jin kafir, syaitan, ulama2 suuk (jahat). Diakhir nabi hndak wafat baginda kurang senyum kerana bermimpi nmpk babi babi berkhutbah di atas mimbar2.. Iaitu ulama2 suuk. Org yg akan mnjadi pnyelaras Dajjal nanti adalah ulama yg tergelincir dlm pcakapannya...munafiq

**Org yg lemah imannya, gilakan dunia, sunyi dr ilmu, yg tulah dajjal cari

**Awaslah manusia yg gilakan harta kerana dajjal kaya dan mampu berikan segala2 nya..mpunyai kekayaan yg luar biasa

**Awaslah manusia yg lemah iman dan ilmunya kerana dajjal keluar dizaman kemarau yg mana manusia perlukan air dan makanan iaitu kemarau selama 3 tahun berturut turut. Dajjal mampu beri roti dan brg2 mbuat gandum setinggi gandum dan mampu mnurunkan hujan

**Percaya kpd org kafir dan yg terang2 kufur adalah Istidraj. Dua malaikat diturunkan ke dunia utk memberikan kuasa kpd dajjal. Ini semua adalah fitnah terbesar kpd manusia.
**Tidak ada tempat yg Dajjal tak masuk ke seluruh pelusuk dunia ini kecuali makkah dan madinah. 7 pintu di masjid nabawi tidak boleh dimasuki Dajjal kerana setiap pintu ada 2 malaikat yg mnjaga
Allah mnjaga kedua2 bumi yg mulia itu. Tidak akan dibenarkan seburuk2 manusia iaitu Ad Dajjal memijakkan kakinya ke tempat dikebumikan tempatnya hamba Allah yg pling dicintai iaitu Rasulullah saw. Dimana Ad Dajjal pergi, tempat tersebut sudah ada jaringan2 (networking) dia yang kuat

**Diceritakan oleh baginda juga diakhir zaman nanti ade seorg yg beriman kpd hadis baginda saw bertemu dgn dajjal. Org itu bertambah imannya apabila mlihat mata dajjal seperti yg dikatakan oleh Rasulullah saw dlm hadis. Dajjal menggergaji tubuh seorg kpd dua, dan menghidupkan semula org tersebut. Maka bertambah yakinlah org yg beriman itu kerana dlm hadis juga dikatakan dajjal boleh mnghidupkan org mati (penipuan dajjal sbnarnya org tersebut tidak kena gergaji), maka marahnya dajjal ingin mnghukum org yg beriman itu. Apabila dihukum, mahu penggal leher org itu tidak boleh..sehingga berkali2 kerana kuasa Allah

**Jangan takut org yg beriman. Apabila kamu dihukum apabila brrtemu dajjal, dan diberikan makanan dan minuman yg nmpk sedap (iaitu syurga dunia), janganlah ambil!!! Diberikan makanan dan minuman yg nmpk jijik dan kotor (neraka), pejamlah mata dan makanlah, kerana itulah jalan yg lurus dan benar.

**Fitnatul aqidah adalah seperti mnghidupkan org mati, mnurunkan hujan dll

**Fitnatul maal adalah diberikan kemewahan dunia, kekayaan yg mnyesatkan manusia kpd Allah, ini kerana dajjal memegang keseluruhan kekayaan dunia ini

**Fitnatul ma'lumat pling besar sekarang adalah internet. Penyebaran maklumat palsu tanpa ilmu, sesetengahnya. Sumber yg tidak diketahui.
Syeikh Abdul Qadir al Jailani pernah dikisahkan nmpk cahaya di langit dan keluar suara mngatakan pada hari ini tanggungjawab kamu digugurkan..beliau baling seliparnya ke langit dan tidak percaya mngatakan itu adalah iblis. Ditanyakan bgaimana dia tahu? Dia kata Rasulullah saw yg lebih mulia drp dia pun tidak pernah digugurkan tngungjawab baginda seperti solat, puasa sehinggalah baginda wafat. Itulah beza org yg berilmu dgn tidak berilmu..tidak akan tertipu dgn tipu daya iblis

**Pakar tasawwuf pernah mngatakan jika kamu lihat ada manusia yg bole berjalan atas awan, boleh jalan atas air tidak tenggelam, dan mlanggar syariat Allah dan Rasulullah saw, maka itu adalah Penipu!
Dajjal adalah pendusta terbesar yg akan mnyesatkan ramai org2 beriman dgn tipu dayanya. Timbangkan dgn neraca syariah. Pentingnya ilmu.

**Dajjal akhirnya akn dibunuh di baitul maqdis oleh nabi Isa a.s. Islam akn kembali spt zaman kegemilangannya yg dahulu bawah kepimpinan nabi isa. Sesudahnya akan ada tanda2 besar lain spt yakjuj & makjuj, dabbatul ardh (binatang melata), tetapi spt yakjuj & makjuj hanya fitnah zahir sahaja tidak akan mbawa fitnah aqidah seperti bhyanya Dajjal..

**Antara tanda besar lainnya akan ada angin yg mematikan semua org2 beriman sehingga tiada seorg pun yg akn mnyebut nama Allah lg, ayat2 al Quran diangkat, kaabah dirobohkan dan tinggallah seburuk2 manusia yg akn mnghadapi kedahsyatan hari kiamat.
FITNAH DAJJAL
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid
(Masjid Bukit Antarabangsa)

**Topik terpenting kerana disebutkn fitnah dajjal sejak dr nabi nuh a.s..hanya Allah yg tahu brapa rmai nabi antara nuh dan muhammad saw
Ada yg mngatakan seramai 300 org nabi..tapi yg wajib diimani hanya 25 rasul

**Tidak semua nabi itu rasul. Rasul adalah utusan Allah yg mbawa pmbaharuan terhadap agama tauhid Allah. Manakala nabi hanya mnyambung ajaran2 rasul

**Kenapa sejak zaman nabi nuh? Kerana sblum zaman nabi nuh tiada manusia yg kufur kpd Allah

**Sifatnya Dajjal yg tidak diberitahu oleh nabi2 lain kecuali zaman nabi muhammad saw iaitu bermata satu (ada riwayat kata kanan ada kata kiri...tapi mesti salah satu buta. Dan Rasulullah saw juga berkata tuhanku tidak buta). Dajjal mngaku diri tuhan tetapi tak mampu sembuhkan mata sendiri

**3 jenis fitnah Dajjal: 1.)Fitnatul Aqidah,
2.) fitnatul maal (harta),
3.) fitnatul ma'lumat (informasi)

**Amalan yg boleh terselamat drp fitnah ini adalah menghafal 10 ayat pertama al Kahfi, ataupun membaca 10 ayat terakhir al kahfi. Kedua2 sumber ini adalah sahih. Sebaik2nya hafal kesemua 20 ayat tersebut.

**Juga amalan lain adalah mbaca dlm setiap solat fardhu..dlm tahiyyat akhir sblm salam.."Ya Allah, aku berlindung drp azab kubur, drp azab neraka jahannam, drp fitnah didunia & diakhirat dan drp fitnah al masihuddajjal" (rujuk kitab al Azkar, Imam Nawawi)

**Al masih digunakan kpd Dajjal kerana dia akan mnyebarkan kesesatan ke seluruh pelusuk dunia tanpa terlepas ditempat2 lain dimuka bumi. Sama dgn nabi isa a.s mnggunakan Al masih kerana beliau akan mnyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia juga.

**Al masikh pula adalah sifat dajjal yg telah diubah drp manusia normal iaitu satu mata

**Rukun Agama merangkumi 4: rukun islam (5), rukun iman (6), rukun ihsan dan tanda2 kiamat. Ini mnjadi sandaran kpd muslim yg benar2 beriman kpd Allah dan lengkap imannya

**Rukun ihsan adalah beribadah seolah2 nmpk Allah..dan penyaksian Allah sentiasa mengawasi kita

Saturday, 19 April 2014

Surat poligami

Surat Terbaik Permohonan Berpoligami Si Suami Kepada Seorang Isteri

Razaki Hamid
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Puan,

PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu…

Si isteri jawab:-

Rohana Jalil
No 39, Jalan Dedap 9,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Kepada:

En. Razaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

2. Untuk makluman pihak tuan, ini bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh. Tambahan kuota ini pastinya menyusahkan pihak tuan di kemudian hari.

3. Pihak saya juga berminat untuk mengenali perempuan tak sedar diri tu, macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Saya juga bersedia untuk ‘mencili-cilikan’ perempuan itu dengan pihak tuan sekali pada bila2 masa.

3. Pihak tuan selalu kata tiada duit nak beli itu ini. Tapi nak kahwin punya fasal semua duit simpanan pihak tuan sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

4. Pihak tuan cakap kata untung dua-dua pihak? Cantik muka tuan…ingat niaga barang ke! Sebenarnya pihak tuanlah yang mengaut keuntungan 100% hasil penambahan kuota itu, sedangkan saya tidak mendapat apa2. Oleh itu, saya tidak dapat menerima permohonan yang menguntungkan sebelah pihak ini.

5. Pihak tuan juga sesedap mulut mengata saya tong drum, sedangkan tuan sendiri tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda! Itu pun ada hati nak kahwin lagi konon.

6. Kongsi? Tuan ingat ni kereta ke? Sedangkan tidak berkongsi pun tuan jarang2 ‘memberi nafkah’, inikan pula berkongsi.

7. Kerja syif? Saya ingin menegaskan ini bukan kerja kilang. Tambahan pula dengan ‘prestasi kerja’ tuan yang kian merosot, saya yakin tuan tidak mampu menjalankan ‘tanggungjawab’ sebagai penyelia dengan berkesan. Saya selaku orang yang diselia oleh pihak tuan amat arif tentang ‘prestasi’ tuan yang tidak seberapa.

8. Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau tuan berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk ‘peperangan’, itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah .

Terima kasih,

“SEDIA ‘BERPERANG’ DEMI RUMAHTANGGA”

Yang ikhlas,
ROHANA BT JALIL

Laman laman Web penting

Utk panduan kita bersama...
Laman Web PENTING

1. APDM - http://apdm.moe.gov.my

2. ePangkat - http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

3. SSDM - http://apps.moe.gov.my/SSDM/

4. EMiS - http://emisonline.moe.gov.my

5. eOperasi - http://apps.moe.gov.my/eoperasi/

6. egTukar - http://apps.moe.gov.my/epgo/

7. SAPS - http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

8. SPS - https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.jsp

9. eGaji - http://www.anm.gov.my

10. esppsel - http://apps.moe.gov.my/esppsel/admin/

11. SPSK -
http://jpnselangor.moe.gov.my/kualitiv3

12. SPKS - http://apps.moe.gov.my/spks/

13. EgHrmis - http://www.eghrmis.gov.my

14. ekasih - http://www.kpwkm.gov.my/ekasih

15. enazir SKPM 2003 - http://web.moe.gov.my/enazir/

16. NKRA - http://nkra.moe.gov.my

Guru oh guru

From A School Principal's speech at a graduation......

He said "The Doctor wants his child to become a doctor.........
the Engineer wants his child to become an engineer......
The Businessman wants his ward to become CEO.....
BUT a teacher also wants his child to become one of them, as well..!!!!
Nobody wants to become a teacher BY CHOICE" ....Very sad but that's the truth.....!!!

The dinner guests were sitting around the table discussing life.
One man, a CEO, decided to explain the problem with education. He argued, "What's a kid going to learn from someone who decided his best option in life was to become only a teacher?"

To stress his point he said to another guest;
"You're a teacher, Mrs Sharma. Be honest. What do you make?"

Teacher Mrs Sharma, who had a reputation for honesty and frankness replied, "You want to know what I make?
(She paused for a second, then began...)

"Well, I make kids work harder than they ever thought they could.

I make a C+ feel like the Congressional Medal of Honor winner.

I make kids sit through 40 minutes of class time when their parents can't make them sit for 5 min. without an I- Pod, Game Cube or movie rental.

You want to know what I make?
(She paused again and looked at each and every person at the table)

I make kids wonder.

I make them question.

I make them apologize and mean it.

I make them have respect and take responsibility for their actions.

I teach them how to write and then I make them write.
Keyboarding isn't everything.

I make them read, read, read.

I make them show all their work in math.
They use their God given brain, not the man-made calculator.

I make my students from other countries learn everything they need to know about India while preserving their unique cultural identity.

I make my classroom a place where all my students feel safe.

Finally, I make them understand that if they use the gifts they
were given, work hard, and follow their hearts, they can succeed in life.

(Mrs Sharma paused one last time and then continued.)

Then, when people try to judge me by what I make, with me knowing money isn't everything, I can hold my head up high and pay no attention because they are ignorant. You want to know what I make.

I MAKE A DIFFERENCE IN ALL YOUR LIVES, EDUCATING KIDS AND PREPARING THEM TO BECOME CEO's, AND DOCTORS AND ENGINEERS..........

What do you make Mr. CEO?

His jaw dropped; he went silent.

THIS IS WORTH SENDING TO EVERY  teacher you know .

Friday, 18 April 2014

Gred Solat dan Amalan yang harus dibiasakan

��������
5 gred solat

��Gred E
Bila azan,buat tidak Tahu,Tengah memasak terus memasak,tengah berfb terus berfb,sedang tengok TV,terus tengok tv dan seumpamanya

Gred D
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv,perlahankan radio,tetapi tetap meneruskan aktiviti,tidak bersedia untuk solat

Gred C
Bila azan berkumandang,terus mengambil wuduk dan solat

Gred B
Bila azan,terusberwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau

Gred A
Bila azan,sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu',dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat Kita
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.!solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga ��insyaAllah benda lain pn ✅✅ Sama2lah kta balannce kn hal dunia & hal akhirat

Jom muhasabah⏰⌚
BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI :)
Sharing info moment.. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah "

7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..

Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
ٍ

Wednesday, 16 April 2014

Memberi lebih baik dari mengambil

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga bermanfa'at

Monday, 14 April 2014

6 Adab dan Bacaan Sebelum Tidur

6 Adab dan Bacaan Sebelum Tidur

Islam adalah agama yang lengkap sekali dalam menjelaskan tata krama, contohnya adalah dalam hal sebelum tidur. Sebelum tidur kita, umat Islam dianjurkan untuk melakukan hal-hal dibawah ini dengan tujuan agar terhindar dari godaan setan yang terkutuk. 
Yang utama adalah janganlah sampai kita tidur lupa yang namanya berdoa sobat.


Adab dab Bacaan Sebelum Tidur

Wudhu Dulu Sebelum Tidur.Berbaring Pada Sisi Kanan.Meniup Kedua Telapak Tangan Sambil Membaca Surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas, masing-masing Sekali.Mengusapkan Kedua Telapak Tangan Tersebut Ke Wajah dan Bagian Tubuh yang Dapat Dijangkau Sebanyak Tiga Kali.Membaca Ayat Kursi.Membaca Do'a Sebelum Tidur.

Doa Sebelum Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

(Bismikallahumma ahya wa amuut).

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati.

Doa ini berdasarkan hadits Rasulullah SAW.
Nabi Muhammad SAW bersabda,

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Artinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit). (HR. Bukhari)

Wallahu A'lam...

Untuk siapa ibadah kita

Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat... Kita beribadah untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah.
Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya.. Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai usahanya.

Allah ta'ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya". [Fush-shilat: 46]

Untuk sama2 kita renungkan.
TAHUKAH ANDA DI MANAKAH DOSA ANDA DILETAKKAN SEWAKTU ANDA BERSEMBAHYANG ?.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : Sesungguhnya seorang hamba yang bersembahyang sedang dia membawa semua dosa kesalahanya diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya .Setiap kali ia ruku' dan sujud maka berguguranlah dosanya itu.( Riwayat Attabarani dengan sanad yang sohih .Dikategorikan oleh Al-albani sebagai sohih dalam kitabnya سلسلة الأحاديث الصحيحة.
Hai !, mereka yang gopoh gapah dalam ruku' dan sujud ..panjangkan sedikit ruku' dan sujud mu agar mampu gugurnya dosa anda.Jangan terlepas ganjaran ini.
Peringatan : Sila sibarkan mesej ini jangan sembunyikan ilmu yang baik , anda akan beroleh ganjaran pahala.

Bab orang yang hilang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH PAGI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA. ????

Al Mafqud / Orang Yang Hilang

Dalam Kitab al-Haawi al-Kabir ( الحاوى الكبير ) dalam fiqh Mazhab Imam Asy-Syafi’e diterangkan bahawa orang yang hilang dalam waktu yang lama dan tidak diketahui apakah masih hidup atau sudah mati maka orang itu harus dihukumi hidup sehingga diketahui dengan pasti apakah mafqud tersebut sudah mati atau masih hidup, maka tidak boleh menghukumi kecuali dengan yakin. Dan sekiranya belum diketahui dengan yakin tentang kematiannya, maka wajib menunda dulu kepemilikan hartanya sampai batas waktu yang telah ditentukan.

PENCERAHAN :
Secara mudah, yang dimaksudkan dengan al-Mafqud ialah orang yang hilang, tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati. Hukum status perkahwinan al-Mafqud di dalam Mazhab Shafie, terdapat dua pendapat dalam isu ini:

1.  Tidak diputuskan hubungan suami isteri bagi kes orang hilang, sehinggalah dibuktikan secara sah akan status hidup atau mati orang yang hilang tersebut. Diriwayatkan yang Imam Al-Shafie berkata, sesungguhnya sesiapa yang hilang pasangannya, atau tidak hilang tetapi tidak pulang pada satu hari satu malam, atau pecah bahteranya di lautan, dalam keadaan tiada berita dan bukti mengenai status hidup atau matinya, maka si isteri tidak boleh berkahwin lain, sehinggalah diyakini akan kematiannya.

Ini berdasarkan hadith yang diriwatkan oleh Saidina Ali, Nabi Muhammad SAW bersabda (امرأة المفقود ابتليت فلتصبر ولا تنكح حتى يأتيها موته ) bermaksud "Perempuan yang kehilangan suami, diuji, maka hendaklah dia bersabar dan janganlah bernikah lain sehinggalah nyata berita kematiannya" (HR: Al-Mahalli). Pendapat ini turut dikongsi oleh Mazhab Hanafi.

2. Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bagi wanita yang kehilangan suami, hendaklah dia menahan dirinya daripada bernikah selama 4 tahun daripada tarikh kehilangan suaminya. Selepas 4 tahun, barulah dia mengambil iddah kematian suami, dan selepas itu baru boleh bernikah lain. Ini ialah pendapat lama Imam al-Shafie (Qaul qadim).

Ini berasaskan kepada hadith yang diriwayatkan mengenai  Umar bin Al-Khattab r.a, di mana beliau membenarkan seorang isteri di zamannya untuk mengambil tempoh 4 tahun sebelum berkahwin lain. Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas juga dilaporkan mengambil sikap yang sama. (Raudah al-Talibin).

Berkaitan pewarisan harta al-Mafqud pula, dalam kitab Mughni Muhtaj disebutkan: Orang yang hilang atau orang yang tiada khabar beritanya dan meninggalkan harta maka hartanya ditunda (tidak dibahagi) sehingga sahih tentang kematiannya atau dalam waktu yang lama sehingga disahkankan kematiannya oleh hakim (pemerintah) kemudian barulah  hartanya boleh diberikan kepada ahli warisnya

Muhammad Ali Ash-Shabuni pula menerangkan dalam kitab Al-Mawarits bahawa pendapat ulama Syafi’iyah: “Seseorang yang hilang dianggap sudah meninggal dunia apabila teman-teman sebayanya sudah meninggal dunia. Diukur dengan jangka waktu harus mengambil masa kira-kira 90 tahun. Menurut qaul sahih bahawa waktu itu tidak boleh dibahagi-bahagikan dulu akan hartanya kecuali telah diputuskan akan kematiannya oleh hakim.

Pendapat ini dikongsi oleh Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm. Beliau menerangkan bahawa tidak ada warisan oleh pewaris (orang yang mewarisi) sebelum orang yang empunya harta telah jelas meninggal dunia.

KESIMPULAN :
Ingin ditegaskan di sini bahawa mengambil tempoh yang lama untuk menentukan status hidup atau mati seseorang adalah mengikut pendapat ulamah fiqh dan qaedah Islam. Maka pihak berwajib janganlah bersifat terburu-buru untuk mengisytiharkan kematian penumpang pesawat MH370 tersebut dalam keadaan jenazahnya pun belum dijumpai lagi atau sekurang-kurangnya tunggu sehingga 4 tahun.
Wallahu a'lam - wassalam

Low quality Malaysian education more alarming than household debt

Low quality Malaysian education more alarming than household debt, says World Bank economist
The poor quality of Malaysia's education system is more worrying than the level of debt in its households, said a World Bank senior economist in Kuala Lumpur today.
This is because the country's substandard education system would affect the pool of skilled talent it needs to grow its economy to become a highincome nation, while high household debt is not necessarily a problem if the economy continues to grow and citizens are gainfully employed.
Dr Frederico Gil Sander, who is senior economist for Malaysia, said Malaysians should be "alarmed" that their children were doing worse in school than children in Vietnam, a country that is poorer than Malaysia.
"Rural Vietnamese students do better than Malaysian students," said Sander, when met a forum that is part of the Global Malaysia series organised by the Economic Transformation Programme.
Sander was referring to a world student performance assessment test called PISA which had measured how students in 65 countries did in mathematics, science and reading. According to PISA's 2012 results Malaysian students scored below average or ranked 52 out 65. In contrast, Vietnamese students ranked 17 out of 65.
Malaysia's poor PISA results spotlighted the weakness of Malaysia's school system, despite the fact that education gets the largest share of funds every year from the national budget.
Critics have pointed out that the PISA results contradicted the government's insistence that Malaysia had a world class education system. Critics have also questioned the real worth of the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) which produces many students who scored As, but who can't compete with their peers from Singapore, China and Taiwan.
Gil Sander said an efficient education system should be decentralised to give more power to schools to make their own decisions based on their local circumstances.
"At the same time, parents should be provided with information on the performance of each school in their area so that they can send their children to the best schools," he said.
On the other hand, Gil Sander claimed that Malaysia's rate of household debt is not nessarily bad, so long as the economy keeps growing and incomes keep rising.
"Low levels of debt could be an indicator of no access to finance, but if a person borrows money to buy a car to go to a good job, that is not a bad thing.
"The important thing is that salaries keep rising," he said.

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

BACA NI..JGN LUPA KONGSI..
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk kevtika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biarkan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

"SELAMAT BERAMAL" ... MINTAK MASA ANDA 3 MINIT UTK BACA NI..JGN LUPA KONGSI YE....


Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai -

http://myibrah.com/kisah-kaabah-yang-tidak-di-ketahui-ramai

Kisah Suka...

Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka. bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar: 

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra

"aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.duduk2 bersama rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya rasullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya rasulullah saw "

lalu rasullah saw bertanya dengan saidina umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya umar?"

jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka: 

1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"

"dan bagaimana pula denganmu wahai uthman?"

berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1.memberi makan 
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai ali ra ?"

"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya rasulullah saw pada Abu Dzar. ra 

"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.lapar
2.sakit
3.mati"

kemudian rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"

berkata saidina Abu Dzar ra, 

"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati. 

aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.

aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"

kemudian di waktu itu turunlah malaikat jibril as memberi salam pada rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :

1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"

kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata "Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"

Asrama putera Maktab Mahmud AS terbakar

Life is like a journey on a train

This is a very meaningful one .....

Life is like a journey on a train...
with its stations...
with changes of routes...
and with accidents !

We board this train when we are born and our parents are the ones who get our ticket.

We believe they will always travel on this train with us.

However, at some station our parents will get off the train, leaving us alone on this journey. 

As time goes by, other passengers will board the train,  many of whom will be significant - our siblings, friends, children, and even the love of our life.

Many will get off during the journey and leave a permanent vacuum in our lives.

Many will go so unnoticed that we won't even know when they vacated their seats and got off the train !

This train ride will be full of joy, sorrow, fantasy, expectations, hellos, good-byes, and farewells.

A good journey is helping, loving, having a good relationship with all co passengers...
and making sure that we give our best to make their journey comfortable. 

The mystery of this fabulous journey is ;
We do not know at which station we ourselves are going to get off.

So, we must live in the best way - adjust, forget, forgive, and offer the best of what we have.

It is important to do this because when the time comes for us to leave our seat... we should leave behind beautiful memories for those who will continue to travel on the train of life.

Thank you for being one of the passengers on my train !

Have a very pleasant journey of life.........!
����������

Budak medic

Mindblowing.......

1st yr MBBS students were attending their 1st anatomy class. They all gathered around the table with real dead body. The professor started the class by telling them two important qualities as a doctor. The 1st is that never be disgusted about anything regarding the body e.g. he inserted his finger in the body's nose & on drawing back, put the finger in his own mouth & tasted it. Then he told the students to do the same. The students hesitated for several minutes, but eventually everyone inserted their fingers in the body's nose & tasted it. When everyone finished the professor looked at them & said :The most important 2nd quality is Observation. I inserted my middle finger but tasted the index finger. Now learn to pay attention

All students : shitttt !! ����

Bab lambat

Tazkirah
Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah.
Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.
Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu.
Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter.
Tapi...
✅Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..
✅Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya..
Ustaz Azhar Idrus Berkata
Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..
Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.
Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”
Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”
Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”
AllahuRabbi..  Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

Khasiat Bawang

Fwd.. Khasiat bawang.. murah tapi berkesan..

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Dari papazola : nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.

Saturday, 12 April 2014

DITUNDA KEMATIANNYA OLEH ALLAH SWT

KISAH PEMUDA YANG DITUNDA KEMATIANNYA OLEH ALLAH SWT

Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda.
Bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi?

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim,
dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?” “Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.” “Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan
perkahwinannya esok pagi.”
“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti.

Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan
menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap boleh
melangsungkan perkawinannya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya. Hingga usia anak muda ini 70 tahun,
Nabi Ibrahim bertanya
kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak
akan sampai besok pagi?

Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya. “Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk
tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya, Muhammad bahwa sedekah
itu dapat memanjangkan umur.

Jadi, sesuatu yang dapat
menunda kematian, itu adalah…sedekah.

Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling
Anda. Bila Anda menemui ada satu-dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu memberi pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan
oleh Allah untuk memperpanjang umur anda.

Cuma apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan
memanjangkan umur Anda.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan Khusnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampun oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil
mempersiapkan kematian pada masa mendatang.

Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.

Kebangaan Ibu

on madah by Ibnu Batoota, Msia.

~Kebanggaan Ibu~

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan ?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai pembaca madahku ini...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

FOWARDING MESSAGE..
Moga kita sama-sama ambil manfaat dari cerita di atas.
2013/12/18 10:02:51pm

Friday, 11 April 2014

Bab Babi

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.
Rujuk dictionary:
porcine

Etymology

From the Latin adjective porcinus, from the noun porcus ("pig").

Adjective

{en-adj}
Of, or pertaining to, the pig.
Overweight to the extent of resembling a pig; morbidly obese.
Related terms

porcus
pork
http://en.wiktionary.org/wiki/porcine

Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Thursday, 10 April 2014

Hijab ban..

Mimpi seorang gadis

MIMPI SEORANG GADIS =============================
Untuk Renungan Bersama..... ============================= Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood ============================= Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. =============================

Lalu Rasulullah menegurnya.

============================= "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" =============================
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya =============================
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. =============================
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." ============================= Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. =============================
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." ============================= Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ============================= "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? =============================
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. =============================
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. ============================= Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. =============================
Lalu aku bertanya kepada ayahku. ============================= "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" =============================
Lalu dijawab oleh ayahnya ============================= . "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" =============================
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. ============================= Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." ============================= Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
============================= Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. =============================
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. ============================= Rasulullah lantas berkata, ============================= "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." ============================= "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA.....‪

Wednesday, 2 April 2014

Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Assalamualaikum
Sekadar tolong fwdkan rayuan dari pengurus rumah jagaan orang  tua Al Ikhlas Puchong. Boleh bantu seberapa yg kita mampu dan ikhlas:
"Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang Tua Islam .... HANYA ada SATU sahaja yang wujud di negara ini !
Oleh itu saya ingin merayu kepada individu dan group agar dapat menghulurkan apa jua bentuk bantuan terus kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim yang ada di negara ini.
Bentuk bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1.     Pampers (lampin pakai buang)
2.     Ubat-ubatan : ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
3.     Peralatan : Mesin Dialysis, Kereta Sorong
4.     Beras
5.     Telur (orang tua sudah tidak mampu mengunyah dan menghadam makanan berat)
6.     Susu
7.     Makanan ‘comfort’ seperti Nestum, oats, corn-flakes dan lain-lain.
8.     Al-Quran (berhuruf besar) dan bahan bacaan.
Cara paling mudah untuk membantu ialah dengan membuat e-banking sekadar ikhlas kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim tersebut yang berada di Puchong melalui webpage berikut.
http://al-ikhlashomecare.blogspot.com
Rumah ini berdaftar dengan Kerajaan dan mendapat sedikit sumbangan dari Zakat Negeri Selangor.
Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai orang tua yang menghuni Rumah ini :-
1.     Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian.
2.     Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan dan ketakutan.
3.     Menampung Kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 orang sebulan. Jika kita ingin melihat kematian sebahagian dari bakal ahli syurga di sini lah tempat yang paling
sesuai. insyaAllah.
Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. In Sha Allah. .."
SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Lokasi : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong
Alamat Penuh : Lot 3530,jln bt 18,kg pulau meranti,47120 puchong selangor.
No. Telefon : 016-6786364
Diuruskan oleh : Muji bt. Haji Sulaiman (Jururawat)
Jumlah Pekerja : 5 Orang
Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)
Jumlah Orang Tua : 30 orang
Nama Bank : Al Rajhi Bank

Nama Akaun Bank : RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
No. Akaun : 12700-1061101131

(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)