Guru Interim adalah graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2012 dan ditempatkan secara interim di sekolah sekolah menengah diseluruh Malaysia bagi memenuhi keperluan opsyen mata pelajaran yang kritikal .
Pelantikan dan penempatan sebagai Guru Interim berkuatkuasa Mac 2013 sehingga Guru Interim yang terlibat lulus temu duga dan dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Sekiranya graduan yang dilantik sebagai Guru Interim didapati gagal temu duga dan tidak dilantik tetap oleh SPP,perkhidmatan mereka akan ditamatkan dengan diberi notis penamatan perkhidmatan selama satu bulan selepas keputusan rasmi temu duga diterima oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
No comments:
Post a Comment