Monday, 11 March 2013

Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah 2013

Pengenalan

Sarana Ibu Bapa dan sarana sekolah merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa , komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan pendidikan di negara Malaysia yang tercinta ini.

Tujuan Sarana

Sarana ini ditujukan kepada ibu bapa , komuniti dan sektor swasta serta pihak sekolah. Tujuan asasnya ialah untuk membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama mendidik anak anak mereka dan boleh dikongsikan bersama sama ahli keluarga yang lain dalam melaksanakan tugas tersebut di rumah dan di sekolah.Bagi membantu sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta maka sekolah sekolah diperkenalkan dengan enam elemen yang akan menyokong sistem pembelajaran tersebut. Keenam enam elemen tersebut ialah:

1.Iklim sekolah
2.Komunikasi berkesan.
3.Sokongan terhadap kejayaan murid
4.Tanggung jawap bersama
5.Keputusan bersama
6.Kerjasama dengan komuniti

Kaedah Pelaksanaan

1Mengadakan taklimat penerangan mengenai sarana kepada ibu bapa dan sekolah diperingkat sekolah.
2.Membantu ibu bapa mengisi borang kaji selidik dan menganalisis sendiri untuk mengesan kekuatan dan kelemahan diri berkaitan dengan hubungan ibu bapa dengan murid.
3.Menubuhkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Tuesday, 5 March 2013

Guru Interim Sekolah Menengah

Guru Interim adalah graduan pendidikan yang telah  menamatkan pengajian pada tahun 2012 dan ditempatkan secara interim di sekolah sekolah menengah diseluruh Malaysia bagi memenuhi keperluan opsyen mata pelajaran yang kritikal .

Pelantikan dan penempatan sebagai Guru Interim berkuatkuasa Mac 2013 sehingga Guru Interim yang terlibat lulus temu duga dan dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Sekiranya graduan yang dilantik sebagai Guru Interim didapati gagal temu duga dan tidak dilantik tetap oleh SPP,perkhidmatan mereka akan ditamatkan dengan diberi notis penamatan perkhidmatan selama satu bulan selepas keputusan rasmi temu duga diterima oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Beza belajar di Jepun dan Malaysia dari pandangan pelajar Tahun 5

Baru baru ini saya berbual dengan seorang pelajar Tahun 5 . Pelajar ini sebelum ini belajar di sekolah rendah di sebuah bandar di Jepun ( Kobe rasanya ) . Bapa beliau melanjutkan pelajaran diperingkat PhD di salah sebuah Universiti di sana dan telah membawa keluarganya sekali.

Antara perbualan kami :

Saya : Abang suka belajar kat Jepun atau kat Malaysia?

Pelajar: Jepun

Saya: kenapa?

Pelajar : Lebih sejuk

Saya : Lain?

Pelajar : Pelajar sana baik....

Saya : Sini tak baik kah?

Pelajar : Baik tapi kadang kadang ganas... bila gaduh sampai baling baling kerusi

Saya ; Ooooo... lain sebab?

Pelajar : Cikgu baik...

Saya : Baik macam mana? Contohnya?

Pelajar : Ada sekali  abang jatuh  pastu cikgu bawa ke bilik sakit.. dia dukung abang.

Saya : Lagi  apa yang lebi baik disana?

Pelajar : Bilik sakit tu ada jururawat yang jaga bukan macam disini...

Saya : Jururawat?

Pelajar : a ah

Saya : mmmm lagi... ?

Pelajar : Pusat sumber dia besar kat sekolah abang di sini kecil saja

Saya : Seronoknya. lagi?

Pelajar : Ada kolam renang..

Tak sempat nak dapatkan kepastian cerita ini daripada bapanya lagi tentang jururawat dan kolam renang tu. Maybe yang biasa belajar kat Jepun boleh confirmkanTapi kalau tolak yang dua itu pun memang hebatlah sekolah disana.. Suasana beginilah yang kita harap nanti untuk anak anak kita. Sejuk tu boleh diwujukan dengan alat pendingin suhu.

Friday, 1 March 2013

Apakah Objektif Kajian Semula Sistem Pendidikan Negara

Pelan Pembangunan Pendidikan ini dibangunkan dengan 3 objektif khusus:

1.Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan malaysia.. Tumpuan telah di berikan kepada :

  • Akses  kepada pendidikan
  • Meningkatkan standard (kualiti)
  • Merapatkan jurang pencapaian (ekuiti)
  • Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid
  • Mengoptimumkan kecekapan sistem  

2.Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang.

3.Menggariskan program transformasi sistem pendidikan yang merangkumi perubaan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baru dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam.

Mengapa perlu kaji semula sistem pendidikan?

Kajian semula sistem pendidikan dibuat berdasarkan ;
  1. Standard pendidikan antarabangsa yang kain meningkat.
  2. Peningkatan aspirasi negara
  3. Harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21
Berpandukan perkara diatas, Kementerian Pelajaran  telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan Malaysia secara menyeluruh,

Tujuannya ialah untuk membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru