Tuesday, 29 September 2015

Doa Arafah

Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2016.

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga bermanfaat...��

Wednesday, 26 August 2015

SIAPAKAH ANDA?


SIAPAKAH ORANG YANG PALING SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

SIAPAKAH ORANG YANG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata:   "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,
"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

SIAPAKAH ORANG PALING RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG PALING LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI RUMAH YANG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Monday, 27 July 2015

Ahlul Sunnah Wal Jemaah.

LIVE @ MATIN

Abuya Sayyid Ahmad Bin Muhammad Al Maliki

https://www.youtube.com/watch?v=hoF1bk2kErs

Sedikit perkongsian ilmu. Semoga bermunafaat In shaa ALLAH

Bagi yang bermanhajkan Ahlul Sunnah Wal Jemaah.

Siapa Abdullah Abd Wahab ( pengasas wahhaby )..bagaimana peranan Lowrentz ( yahudi yg bertanggung jawab mengipas api hasil tidak sefahaman diantara Aswj,Wahhaby & Syiah )  menghasut Keluarga Abdullah Saud & Abdullah Abd Wahab..

Siapa  menjatuhkan Empayar Islamiah Turki..sejarah telah disorok oleh keluarga Saud.. sebenarnya  terdirinya kerajaan Saudi adalah tumpah darah ahli sunnah..

 Kenapa Abdullah Abd Wahab hanya merujuk pd Ibnu Qayyim AlJauzi,Ibnu Taimiyyah dan  Nasaruddin AlBanni..  Siapa pula mereka?

Mereka ini bukan sekadar mencerca imam 4 mazhab..malah mencerca para sahabat yg di jamin syurga.

Bagaimana nak tahu Ust2 di Malaysia yg nampak bagus penyampaiannya,berhemah  dan berakhlak...tapi secara perlahan2 dan halus megeluarkan kenyataan yg pelik dan tersimpang dari fahaman ASWJ seperti.....

Tonton kuliah penuh di ( 26072015 ) Ust Mahfuz Muhammad-Masjid Bkt Antarabangsa  http://livestre.am/59OLc

 In Sha Allah akan diupload segera diyoutube..  

5 perkara kita semua ingin

Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja.

Bagaimana caranya???

1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya.

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya.

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.

5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??

Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah
Laa ilaaha Illallah.
.
Wallahu A'lam...

Saturday, 25 July 2015

Tetamu membawa berkat

��Tetamu Membawa Berkat��

��Ada seorang lelaki yang senang dengan kedatangan tetamu. Namun isterinya menunjukkan sikap yang sebaliknya. Setiapkali ia membawa tetamu ke rumah, isterinya menunjukkan sikap yang tidak baik.

Orang itu mengeluhkan keadaan ini kepada Rasulullah saw.

Mendengar itu,

✨Rasulullah saw bersabda,

��"Katakan kepada isterimu, hari ini Rasulullah saw dan beberapa orang sahabatnya akan bertamu ke rumah kamu"..

✨Rasulullah saw berpesan kepada orang itu,

��"Katakan kepada isterimu, supaya ia memerhatikan tetamu pada saat tetamu keluar rumah"..

��Isteri laki-laki itu melakukan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah saw. Pada saat tetamu masuk, ia melihat mereka membawa daging dan buah-buahan yang banyak, dan pada saat tetamu keluar mereka membawa keluar ular dan kala jengking yang begitu banyak.

✨Rasulullah saw bersabda,

��"Kedatangan tetamu ke rumah mendatangkan kurnia yang banyak ke dalam rumah dan pada saat tetamu pergi, mereka membawa keluar berbagai bencana"..

��Dengan menyaksikan hal itu, wanita itu pun berubah menjadi orang yang suka menerima tetamu.

✨Rasulullah saw bersabda,

��"Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, membawa rezeki untuk orang tersebut dari langit. Apabila ia memakan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut"..

✨Imam Ali bin Musa ar-Redha berkata,

��"Orang dermawan adalah orang yang memakan makanan orang lain, agar orang lain dapat memakan makanannya. Adapun orang kikir adalah orang yang tidak memakan makanan orang lain, agar orang tersebut tidak memakan makanannya"..

✨Rasulullah saw bersabda,

��"Sesuatu majlis (pertemuan) tidak akan terasa sempit dengan adanya orang-orang yang saling mencintai di dalamnya"..

✨Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw bersabda,

��"Setiap rumah yang tidak dikunjungi tetamu, maka malaikat pun tidak akan mengunjungi rumah tersebut"..

✨Imam Jaafar ash-Sadiq berkata,

��" Barangsiapa mengunjungi sahabatnya semata-mata kerana Allah, nescaya Allah SWT mengutus 70 ribu malaikat untuk
menyertainya"..

Para malaikat itu berkata,

✨'Syurga untuk kamu".. (Mizan al Hikmah)

��Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering kedatangan tetamu. Maka itu, janganlah mengeluh jika ada orang yang ingin bertamu kerumah.

Kuliah agama

��Abuya Sayyid Ahmad B.Sayyid Muhammad Al Maliki(Ulama dr Makkah Al Mukarrahmah)
Masjid TAR 23 Jul 2015, Khamis/Mlm Jumaat
✒Terjemahan oleh Habib Najmuddin Al Khered

��Kita adalah hamba kpd ALLAH SWT & akan sentiasa dlm naungan ALLAH SWT.   
                     
��Apabila seorang melakukan kebaikan, dia rasa 'akulah yg beramal soleh,   akulah yg puasa, aku yg buat ini...' Sbnrnya semua adalah ALLAH SWT yg gerakkan kami beramal soleh. Setiap ibadah adalah tarbiyah menghiasi iman seorng hamba.

��Intipati sls Ramadhan - adakah kami istiqomah, ibadah kami berkurang atau bertambah? Apakah makna sbnr kebaikan yg seorg lakukan? kami perlu mencari n menimba rahsia di sebalik amalan/kebaikan itu. Para solihin menangis sls Ramadhan. Jgn padamkan cahaya yg kami peroleh di bulan Ramadhan, biar cahaya itu kekal; bangun utk solat mlm wpun hanya bbrp rakaat, solat witir sblm tido,     hidupkan majlis2 kebaikan

��Taat kpd ALLAH SWT & ikut ajaran Rasulullah SAW, Zahir & batin; amalan yg ALLAH SWT fardukan ke atas kami & batin yakni iman. TAQWA adalah yg paling baik di sisi ALLAH SWT   

��Manusia suka cari kecantikan dunia; rumah cantik, kereta cantik, isteri cantik sampai cari doctor pun nk cari yg terbaik! Tiada yg lebih cantik lebih mulia drpd Al Quran Al Kareem; TAQWA kpd ALLAH SWT, Quran & Ilmu     
��Puasa d Ramadhan adalah pemberi syafaat, kemuliaan turunnya Al Quran Al Kareem, puasa & qiyamullail seorg hamba dgn penuh iman digugurkan segala dosanya. Mrk yg terus istiqomah hidupkan mlm wpun sikit, akan dpt mahkota kemuliaan n kebaikan di sisi ALLAH SWT "Itulah hambaKu dan bkn hamba utk bulan tertentu"              
��Syukur byk majlis ilmu diadakan d Malaysia, saling membantu dlm melakukan kebaikan, ucaplah Alhamdulillah.

��Belajar erti Muroqabah. ALLAH SWT ajar kpd kami air nn makanan pd satu waktu ia adalah halal tp pd waktu ttu ia akan jd haram (dlm erti puasa); makna nafsu itu ada di tangan kita sdr; TAQWA adalah yg diinginkan oleh ALLAH SWT stlh kami keluar dr madrasah Ramadhan. Taat kpd ALLAH SWT & tinggalkan maksiat. Hamba2 yg benar2 mengabdikan diri kpd ALLAH SWT adalah yg amalkan Quran n melakukan persiapan utk kematian.Pengumpamaan yg diberi oleh Rasulullah SAW "Org yg zikir kpd ALLAH SWT adalah org yg hidup, org yg tdk zikir adalah org yg mati."  Seluruh anggota badan manusia yg zahir & batin mesti ada bhgn yg zikir kpd ALLAH SWT. Zikrullah bkn terhad kpd zikir dgn tangan berpegang tasbih tapi apa shj yg mbawa kami ingat kpd ALLAH SWT, kebaikan yg dilakukan utk dekatkan diri kpd ALLAH SWT. Zikir mata-lihat kpd Kaabah, masjid, org alim. Zikir tangan-memberi bantuan, zikir kaki menuju ke masjid menuju kpd kebaikan, zikir hati, zikir telinga mendengar Quran, adzan, majlis ilmu...

Bab Lidah

Tertarik dengan isi majalah solusi, "biarlah lidah membawa kita ke syurga".

Di sini saya tidak menyenaraikan "ucapan ke syurga" -bacaan penuh belilah solusi.

Saya ingin menyenaraikan kata-kata ke neraka yang mungkin diucapkan tanpa sedar.

1. Bercakap tentang agama tanpa ilmu, cepat menghukumkan halal-haram ikut kepala sendiri.

2. Menidakkan rahmat allah buat orang lain. Contoh terdapat dalam hadis ialah kata-kata sebegini," Allah tidak akan ampuni dia."

3. Mendoakan kecelakaan atas diri atau orang lain. *Uish! Berhati-hati bila bercerita hal politik. Ahli politik seringkali di'jilake'kan.

4. Mengejek orang. *tak kiralah dia berbotox ke, vertically challenge ke, namanya pelik, tiada yang mengesahkan perbuatan mengejek boleh mendidik.

5. Menipu. *salah satu sifat munafik. Malah terdapat dalam suatu hadis dimana perbuatan seseorang dewasa yang memancing kanak-kanak sambil menunjukkan ada sesuatu dalam genggamannya sebagai pemberian, rasulullah s.a.w menerangkan sekiranya benar2 ada pemberian di dalam genggamannya itu, dia berkata benar dan sebaliknya (jika hanya acah2), dia telah berdusta.

6. Mengutuk orang yang telah mati. *ini termasuk menyebarkan cara kematian seseorang sekiranya buruk dan mengaitkan dengan perbuatannya semasa hidup.

7. Mencela diri sendiri, anak atau isteri. *contoh celaan banyak terdapat dalam filem bollywood dan filem melayu.

8. Banyak bersembang perkara yang tidak berfaedah. *tidak meningkatkan iman atau mendekatkan kita kepada Allah.

9. Suka bertekak, berdebat.

10. Menyakiti hati ibu bapa.

11. Mengumpat. *memperkatakan sesuatu yang benar mengenai seseorang di luar pengetahuannya dan perkara tersebut tidak disukainya.

12. Mengutuk sahabat nabi.

13. Bergurau dan melawak berlebih-lebih.

14. Melaga-lagakan orang.

15. Mengutuk makhluk Allah samada haiwan, cuaca dan sebagainya. *sila pastikan dengan ustaz jikalau ingin mengutuk laptop atau handphone yang selalu 'hang'.

16. Cakap yang tidak perlu.

17. Menyebarkan keaiban orang lain.

18. Suka mengampu.*bezakan dengan seruan untuk berkata-kata baik ye. Mengampu ni kita berkata baik hanya kepada orang yang berkepentingan.

19. Mendedahkan keaiban diri sendiri.

20. Menyebarkan hadis palsu. *wajibkan diri menvalidasasikan status hadis sebelum menekan butang 'share'.

21. Orang-orang yang paling dibenci dan jauh daripada rasulullah s.a.w pada hari kiamat kelak ialah mutasyadiqun (orang yang suka bercakap lebih2 secara semberono, juga bermaksud suka merendah-rendahkan orang lain menurut pendapat lain), mutafaiqihun (orang yang bercakap penuh mulut mengangkat diri sendiri), al-tharthabun (orang yang suka cakap banyak melebihi had keperluan).